"terima kasih utk segalany.."- akhirnya ini kata2 Kazar Saisi buat rmai sedih..
“Ingatlah.. tak kira apapun. jangan.” Selepas Syamsul mahu ceraikan anaknya. Ini pesanan sedih Kazar Saisi…
Posted on August 22, 2024 by padumedia
Pelakon veteran, Kazar Saisi kongsi petikan nasihat kepada orang ramai berkaitan dugaan dalam kehidupan telah berjaya tarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kazar di laman Insta-storynya, dia berpandangan setiap individu seharusnya berlapang dada untuk menerima ujian masing-masing.
Kazar Saisi kongsi petikan
“Kepada semua sahabat dan teman, ingatlah selalu, tidak kira situasi apapun yang sedang kita lalui sekarang, Allah telah pun memilih kita. Jangan bersedih atau merungut.
“Allah tahu apa yang terbaik dan dia akan berikan kita yang terbaik walaupun mengambil masa yang lama. Berterima kasihlah untuk segalanya. Ucap Alhamdulillah,” katanya.
Sejak kebelakangan ini, nama anak perempuan Kazar iaitu Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilaporkan bakal bercerai dengan suaminya yang juga merupakan pengarah popular, Syamsul Yusof.
Kazar Saisi kongsi petikan
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul memberitahu permohonan cerai telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Posting Komentar untuk ""terima kasih utk segalany.."- akhirnya ini kata2 Kazar Saisi buat rmai sedih.."