Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Tahu apa yang selama ini terjadi, Tutup Alb Datuk Yusof haslam? Aaron Aziz dibuang dari filem Syamsul yusof

Pelakon Aaron Aziz hari ini ada menjelaskan mengapa dia sudah tidak lagi terlibat secara langsung dalam filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Jelas Aaron, dia tidak menarik diri daripada produksi filem itu tetapi sebenarnya telah dibuang. Namun begitu, Aaron tidak mahu mendedahkan sebab sebenar dia ‘dipecat’ kerana enggan membuka aib sesiapa.

Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa. Saya bagi muka paa Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu, tahulah.

Perkara itu didedahkan Aaron ketika ditemui media sepanjang majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung malam tadi. Ditanyakan sama ada dia bergaduh dengan pengarah filem itu iaitu Syamsul, Aaron tidak mahu mengulas mengenainya.

 

Selisih faham tu, yang faham tu faham jelah, yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita. Perkembangan terkini, Aaron kini terlibat dalam filem berjudul Sheriff arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Production.

Terdahulu, Pengumuman mengejutkan pelakon, Datuk Aaron Aziz yang mendakwa menarik diri daripada berlakon dalam filem The Original Gangster di Instagram semalam hanya sekadar ‘prank’ kepada penerbit dan pengarah filem itu iaitu Syamsul Yusof.

Aaron ketika dihubungi berkata, dia mengesahkan masih memegang peranan sebagai AG dan sedang giat menjalani latihan seni mempertahankan diri.

“Apa yang dikongsikan hanya sekadar ‘prank’ kepada Syamsul. Saya masih terbabit dalam filem ini dan sedang sibuk dengan latihan seni pertahankan diri dengan barisan pelakon yang terbabit,” katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Razor’s Edge Pictures yang menerbitkan filem itu, Datuk Saniboey Mohd Ismail berkata, dia terkejut dengan kenyataan Aaron itu dan menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

“Selepas melihat hantaran yang dimuat naik Aaron di Instagram, saya terus menghubunginya. Namun, dia maklumkan ia sekadar gurauan sesama mereka.

“Pasukan kami sedang sibuk membuat persiapan rapi sebelum penggambaran filem dimulakan pada 1 November ini. Pelakon juga sangat komited menjalani latihan pertahankan diri dan masing-masing sangat teruja hingga berada di pejabat saya sehingga lewat malam.

“Buat masa ini saya tidak dapat kongsikan butiran lokasi penggambaran filem ini kerana pihak kami sedang menguruskannya lagi. Insya-Allah dua minggu lagi semuanya akan diputuskan,” katanya.

Posting Komentar untuk "Tahu apa yang selama ini terjadi, Tutup Alb Datuk Yusof haslam? Aaron Aziz dibuang dari filem Syamsul yusof"