[VIDEO] “Kalau Dulu Siapa Mengenali Saya…,” – Nabil Nak Tahu Macam Mana Tiba-Tiba Boleh Jadi Kelakar, Sekali Ini Yang Elly Jawab!

Bintang versatil Elly Mazlein mengakui dia sebelum ini seorang yang pemalu dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain.
Menurut Elly, sikap tersebut mulai berubah selepas dia diuji dengan isu sensasi sebelum ini.
“Sebenarnya saya ni pemalu orangnya. Kalau dulu siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu saya seorang yang tak banyak cakap. Saya tiada keyakinan dan sangat pemalu.
“Disebabkan satu duga4n menimpa pada diri saya ketika itu, tiba-tiba saya bertukar jadi macam… ‘no! Tak boleh macam ni, tak boleh orang buli lagi.’
“Kemudian bila saya buat sesuatu susulan satu benda, tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong, menyebelahi. Bermula dari situ, saya merasakan ada orang yang bersama saya,” katanya.
Elly yang mesra disapa Kak Lina berkongsi cerita sejurus diundang sebagai tetamu jemputan di konti radio Era.fm sebagai kejutan buat Nabil.
VIDEO:
Kelincahannya dari awal hingga akhir program bersama aksi spontan menerima reaksi pelbagai di kalangan para penonton.
Nabil menerusi MH menyambut baik keberadaan Elly di pentas GV9 menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang anak kedua, bulan lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen
Posting Komentar untuk "[VIDEO] “Kalau Dulu Siapa Mengenali Saya…,” – Nabil Nak Tahu Macam Mana Tiba-Tiba Boleh Jadi Kelakar, Sekali Ini Yang Elly Jawab!"