Innalillahiwainnailaihirajiun Suami Anita Baharom meninggal dunia
Kuala Lumpur: Suami pelakon Anita Baharom iaitu Ismadi Ismail, 50, disahkan meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, jam 8 pagi, hari ini.
Anita ketika dihubungi berkata, dia menyedari perkara itu selepas suaminya tertidur dan tidak memberi respons apabila dikejut.
“Saya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan suami bantu saya untuk siapkan bahan pembentangan. Pagi tadi, dia cakap nak hantar saya ke rumah kawan yang juga AJK masjid. Sementara menunggu saya siap, dia terlelap sekejap di ruang tamu.
“Saya tengok dia tidur telangkup. Saya kejut tapi tak ada respon. Senyap, tak bergerak langsung. Saya tolak-tolak badan dia dan bila pegang tangan dia, dah rasa sejuk dah,” katanya kepada Harian Metro.
“Tadi, pihak hospital dah datang ke rumah untuk mengesahkan kematiannya,” katanya.
Ditanya mengenai proses pengurusan jenazah, Anita berkata, semuanya akan diuruskan di rumah dan pihak masjid.
“Dia selalu bergurau mengenai kematian. Katanya, dia akan pergi dulu. Dia pesan juga kalau dia meninggal dunia, kebumikan di kawasan tempat dia meninggal dunia. Jadi, kalau tak ada aral melintang, semuanya akan diuruskan di rumah atau masjid.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar.
Posting Komentar untuk "Innalillahiwainnailaihirajiun Suami Anita Baharom meninggal dunia"