Sarah bawa Anak2 Bercuti, Sekali k0men Dato Hj Fadzilah Kamsah pula jd perhatian “Mencari kekuatan..Belum tentu tenang hatinya..”

Umum mengetahui, pelakon Puteri Sarah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah ibadah umrah pada 26 Januari lalu membawa kedua-dua anaknya.
Selesai mengerjakan umrah beberapa hari lalu, Puteri Sarah membawa dua anaknya iaitu Syaikhul dan Sumayyah bercuti ke Dubai pula. Menerusi Instagram, Puteri Sarah tidak lokek berkongsikan momen percutian bersama anak-anak di sana buat tatapan umum.
Turut menjadi perhatian, satu perkongsian Puteri Sarah memaparkan dirinya memakai jubah serba putih di padang pasir. Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Puteri Sarah diberi ketenangan ketika bercuti disana serta memuji kecantikan pelakon itu.
Malah, komen pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut menjadi perhatian dimana ada menyebut tentang kekuatan dan ketenangan.
Terdahulu, Pelakon Puteri Sarah Liyana selamat berangkat menunaikan ibadah umrah bersama dua anak kesayangannya, Syaikhul Islam dan Sumayyah pagi tadi seperti dirancang.
Keberangkatan pelakon itu dihantar oleh keluarganya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkongsian Sarah, 37, dalam Instagram menuai doa dan harapan daripada orang ramai agar pelakon itu memperoleh umrah yang mabrur sekali gus pulang ke tanah air kelak dengan hati yang tenang. “Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. “Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak,” tulis pakar motivasi, Datuk Fadzilah Kamsah.
“Semoga diberi ketenangan. Selepas ini semoga tiada cerita ‘dia’ yang menyakitkan agi. “Semoga boleh tengok Sarah dan anak-anak gembira, tutup cerita duka. Allah gantikan dengan kegembiraan,” tulis seorang peminat.
Meskipun kelihatan gembira, namun perkongsian pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu sedikit sebanyak menjentik rasa sedih dalam kalangan peminat.
Rata-ratanya tumpang simpati dan kecewa kerana keberangkatan tiga beranak itu ke Tanah Suci langsung tidak dipedulikan suami dan bapa mereka.
“Terasa sedih bila tengok gambar ini, terbayang betapa indahnya kalau ada ayah bersama dengan kedua-dua anak ini. “Dapat menikmati dan mencipta memori indah ini bersama anak-anak yang semakin membesar,” kata seorang pengguna Instagram.
Posting Komentar untuk "Sarah bawa Anak2 Bercuti, Sekali k0men Dato Hj Fadzilah Kamsah pula jd perhatian “Mencari kekuatan..Belum tentu tenang hatinya..”"