Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Penjualan mercun akan dihalalkan

Putrajaya: Kerajaan bakal menghalalkan penjualan mercun dan bunga api, tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang akan dikeluarkan kelak.

Menteri Pembangunan Kerajaan tempatan, Nga Kor Ming berkata, garis panduan itu akan ditentukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) manakala isu membabitkan duti akan ditetapkan Kementerian Kewangan.

Beliau berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet semalam, memandangkan ia boleh menjadi satu lagi punca hasil kepada negara.

"Semalam Jemaah Menteri sudah meluluskan pembakaran mercun dan bunga api akan dihalalkan.

"Tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen import, duti mengikut peraturan dan garis panduan.

"Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat, tak kira Tahun Baharu Cina, Deepavali, Aidilfitri atau Krismas," katanya kepada pemberita pada program Jalinan Muhibbah KPKT, di sini, hari ini.

Nga berkata, ketika ini, bahan berkenaan dijual oleh sindiket 'bawah tanah', menyebabkan aspek keselamatan tidak diendahkan.

IKLAN

Beliau berkata, apabila dihalalkan kelak, kerajaan bakal memungut ratusan juta hasil daripada pemegang lesen.

Selain itu, katanya, akan ada kawal selia, penguatkuasaan dan undang-undang yang dipastikan.

"Saya harap dasar baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri pada April nanti.

"Sekarang ini (peniaga) jual curi-curi. Lepas dapat lesen dia boleh jual di pusat beli belah," katanya.

ZAHID Hamidi bersama Datuk Seri Fadillah dan Nga Kor Ming menggaul Yee  Sang ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina  di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
ZAHID Hamidi bersama Datuk Seri Fadillah dan Nga Kor Ming menggaul Yee Sang ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Disiarkan pada: Februari 3, 2023 @ 4:29pm

Posting Komentar untuk "Penjualan mercun akan dihalalkan"