Ditanya Bila Nak Jumpa Kazar, Sekali Ini Komen Padu Datuk Yusof Haslam “Saya sudah letih untuk…”
Yusof, 69, berkata, masalah yang timbul tiada kena mengena dengan dirinya selain tidak mahu masuk campur urusan anaknya itu.
“Saya tiada langsung telefon dia (Kazar) atau dia hubungi saya. Tak ada fasal saya nak cari dia.
“Itu masalah mereka, saya tak masuk campur,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Kenyataan Fatimah yang tular di media sosial.
Dalam pada itu, Yusof turut enggan mengulas mengenai kenyataan isterinya, Datin Patimah Ismail yang membuat kenyataan tidak akan memaafkan Kazar yang didakwa membantu Ira berkahwin dengan Syamsul di Thailand.
Kata Yusof, dia menganggap kenyataan dibuat isteri sebagai hak peribadi dan enggan masuk campur.
“Maaf, mengenai perkara itu saya tak mahu ikut campur kerana itu hak dia,” ujarnya.
Sementara itu, Yusof memberitahu dia sudah tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang masih tiada penyelesaian dan berharap anaknya itu dapat selesaikan sendiri.
“Saya sudah letih untuk memberikan komen. Ramai yang bertanyakan saya tentang ini. Cukuplah dengan apa yang saya telah kongsikan sebelum ini.
Saya tidak langsung menghubunginya atau dia hubungi saya. Tak ada fasal la saya nak cari dia.
YUSOF HASLAM
PENERBIT
“Bagi saya, Syamsul sebagai lelaki biarlah dia buat urusan hidup dia sendiri. Saya tidak lagi mahu bercakap tentang soal ini,” katanya.
Terdahulu, Yusof meluahkan rasa kecewa apabila Syamsul tidak berbincang terlebih dahulu untuk berkahwin dengan Ira Kazar.
Bagaimanaupun, Yusof reda dengan keputusan dibuat Syamsul dan berharap agar anaknya itu tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap Puteri Sarah dan dua cahaya mata mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber/Kredit : mStar
Diolah Oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Posting Komentar untuk "Ditanya Bila Nak Jumpa Kazar, Sekali Ini Komen Padu Datuk Yusof Haslam “Saya sudah letih untuk…”"