Dahulunya Beliau Hero Malaya, Lama Menyepi.. Rupanya Begini Keadaan Pelakon Handal Ini Sekarang

Kalau sebut nama Hairie Othman, pasti ramai yang membayangkan watak ketenteraannya dalam filem Leftenan Adnan, yang sehingga kini masih menjadi tontonan ramai.
Namun kini, jarang sekali kita lihat lakonan pelakon tersebut di layar perak dan sudah pastinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilakukan oleh hero filem Malaya itu sekarang.
Hairie Othman akui karier pelakon berakhir sejak sertai politik. Hairie Othman akhirnya mengakui kepada media, kerjaya lakonannya telah berakhir sejak beliau mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas kian lama dahulu.
Banyak kerja dakwah…
Rupanya, kini pelakon tersebut lebih selesa dengan kerja-kerja dakwahnya dan banyak mengikuti majlis ilmu di samping menyampaikan ceramah kepada orang ramai.
Menurut portal Berita Harian, Hairie pernah mengembara ke India untuk mendalami ilmu agama. Sekalipun sudah tiada ada lagi tawaran lakonan ketika itu dan pendapatan sudah berkurangan, Hairie gembira dengan kehidupan barunya.
Habiskan masa bersama keluarga
Menjengah ke laman Instagramnya, pelakon itu juga banyak meluangkan masa bersama keluarga, mengembara bersama rakan-rakannya sementara meneruskan aktiviti dakwah.
Meninjau akaun Instagram Hairie, ada dikongsikan gambar Hairie bersama isteri dan anak-anaknya. Gambar yang dimuatnaik ketika sambutan ulangtahun kelahiran Dalia pada bulan April tahun lalu. Wajah Hairie masih sama seperti dahulu, begitu juga dengan Dalia yang manis berhijab.
Apabila anak-anak sudah dewasa, mak dan ayah pun nampak seperti abang dan kakak je. Hairie pun tidak banyak berubah raut wajahnya, cuma terlihat sedikit beruban sahaja di janggutnya. Anak-anak Hairie juga semua berkulit putih dan cerah.
Wajah Hairie sekeluarga ini nampak gembira semuanya. Pujian juga diberikan oleh peminat dan antara komen-komen mereka :
” Handsomenya anak abang Hairie Othman ni. Besaq dah depa semua.. “
” Teringat lagi masa saya handle your akad nikah at jeumpa. Still look like just after married. Anak-anak pun dah besar.. “
” Masya Allah, segak semua family Hairie Othman ni. Senyuman semua manis-manis belaka.. “
” Sanah Helwah to your wife. All the best rie, anak-anak besar-besar dah semua.. “
” Happy birthday Dalia Diyana, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu.. “
Terdahulu, Hairie dalam satu temu bual ada menyatakan bahawa jiwanya masih dekat dengan bidang lakonan. Pastinya ramai yang merindukan lakonan hero Malaya itu. Diharapkan semoga Hairie berjaya dalam kerja dakwah dan bidang lakonannya.
Posting Komentar untuk "Dahulunya Beliau Hero Malaya, Lama Menyepi.. Rupanya Begini Keadaan Pelakon Handal Ini Sekarang"