Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Bakal tamatkn zaman solo, Tk sangka Individu dedah sesuatu status Nad dan Ungku


Kerap kelihatan bersama, status hubungan terkini pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz mula mencetus tanda tanya dalam kalangan warganet.

Tular rakaman video menerusi platform TkTok yang memaparkan Nad dan Ungku sibuk berbincang bersama pengasas produk kecantikan, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, perkongsian yang dimuat naik oleh pengasas terbabit menimbulkan spekulasi netizen mengenai hubungan Nad dan Ungku. “May Allah easy (ease) everything #zeeta #zeetabeinspired #ungkuismailaziz #nadzainal,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons netizen.
Mengakui sedang rapat dengan Nad Zainal, aktor popular Ungku Ismail Aziz tidak kisah menjadi individu yang bertanggungjawab berkongsi perkembangan terkini berkenaan kesihatan pelakon itu.

Ungku, 36, akuinya, hubungan rapat mereka mula terjalin selepas terlibat dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

“Cerita kami ini adalah selepas dia bercerai, sebab tak mungkin kami rapat ketika dia masih bergelar isteri orang. Saya mula rapat dengannya ketika kami menjalani penggambaran drama Cina Buta.

“Selepas itu, saya ajak Nad merakamkan program travelog, dia sanggup buat bersama dan melabur.

“Sejak kerjasama itu, kami makin rapat. Tipulah kalau tiada hati cuma sekarang saya tak mahu beri kata putus mengenai hubungan kami,” katanya. Terdahulu, Ungku Ismail mengakui hubungan dia dan Nad semakin rapat selepas terlibat dalam drama berkenaan sehingga merancang bagi merakamkan program travelog bersama.

Video Player
00:00
00:00

Sumber : xtra

Posting Komentar untuk "Bakal tamatkn zaman solo, Tk sangka Individu dedah sesuatu status Nad dan Ungku"